Sekolah Menengah Sains Alor Gajah ataua nama ringkasnya (SAGA), merupakan sebuah Sekolah Menengah Sains yang terletak di Masjid Tanah, daerah Alor Gajah, Melaka.
Majlis Penyerahan Pembinaan Projek Sekolah Menengah Sains Alor Gajah, Melaka telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, YBhg. Dato' Indera Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi pada 15 Mac 2023.
Sekolah ini telah dibina di atas tanah seluas 37 ekar. Sekolah ini boleh menampung seramai 376 orang murid lelaki dan 376 orang murid perempuan. Tarikh milikan tapak sekolah pada 6 Oktober 2017 melibatkan kos pembinaan sebanyak RM 58, 777, 989.21 oleh Syarikat Primudi Sdn Bhd dan telah siap sepenuhnya pada 28 Februari 2023. Tarikh tubuh sekolah adalah pada 21 Mac 2023.
Sekolah ini mula beroperasi sepenuhnya pada 6 Mei 2023 (Isnin). Seramai 16 orang guru dan 6 orang anggota kumpulan pelaksana (AKP) bertugas di sekolah ini. Anak-anak pertama seramai 76 orang murid lelaki dan 79 orang murid perempuan telah mendaftar pada 6 Jun 2023. Bilangan guru-guru yang berkhidmat di sekolah ini juga akan bertambah seiring dengan pertambahan bilangan murid-murid pada masa akan datang.